Feedback and Comment @ Chit-Chat


ShoutMix chat widget

Welcome.

Friday 27 May 2011

Holiday is here !

Friday 27 May 2011
heee~ Happy holiday everyone ! Cuti semester 1 akhirnya tiba. Planning untuk cuti? hhmm. Belum ada lagilah. Mungkin mahu pergi ke Pulau Manukan. :-) Rehatkan minda dengan menghayati air laut yang terlalu indah jernihnya. Kesian murid-murid yang ikut camping di sekolah itu. Belum start lagi cuti. Anyway. Tomorrow i will be at 1 BORNEO to celebrate PESTA KAAMATAN with HITZ.FM crew. See you there. haha.

Thursday 26 May 2011

Belajar.

Thursday 26 May 2011
Heee~ saya sedang belajar berbahasa Sarawak sekarang. Terima kasih kepada 3 orang cikgu saya iaitu cik ERNA, cik FIEYTH dan cik Luna Yamasaki. Hahahaha. Akhirnya boleh juga saya berinteraksi dalam bahasa Sarawak sedikit demi sedikit. :-) Perkataan baru yang saya pelajari hari ini ialah , PITAN = Bengkak, NGASI = errr. sebentar sebentar. Belum dikenalpasti lagi maksud perkataan itu. Iklanlah sebentar okay. em. Esok hari Jumaat . hee~ Im sooooo happy because the next day will be the start of school holiday. Tetapi~ 2minggu sahaja . Boleh tahanlah kan. Dapat juga rehatkan minda. Haaaa!!!! NGASI tu bermaksud BERKESAN la. Mujarab. Akhirnya cikgu ke-2 saya reply juga. GO SARAWAK ! ! !

Tuesday 24 May 2011

24th May 2011

Tuesday 24 May 2011
OMG ! I can't wait ! Can't wait apa? Hari Jumaatlah ! hee~ Cuti Sekolah ~ Kononlah happy. Tetapi saya sedar SPM semakin hampir. Ready atau belum ? Entahlah. The only subject that i hope i can get A+ is mathematics . :-) I love MATH. Okay, hari ini saya sangat rimas dengan semua orang. Entah mengapa la kan. Maybe sebab period. As usual hari ini memang ada sesi mengUDDTB with my geng. Banyaklah juga benda yang diumpat tadi. Boring kan. That's why banyak bercakap. Era tadi kesian. Kelmarin dia tidak hadir ke sekolah kan. Hari ini dia tidak tahu ada exam mathematics. Muka sedih sahaja yang terpampang diwajahnya tadi. hm~ Minggu ni my BROTHER balik dari praktikal sudah. Dari Labuan. Dia mahu biliknya yang besar ini semula. Tapi PLEASE LA~ Jangan harap saya mahu bagi balik. hahaha. Tunggulah sampai cicak bertelur kembar 4.  lalala~~~

Monday 23 May 2011

Cyber

Monday 23 May 2011
Waaaa. Lamanya tidak melepak di cyber bwah rumah ni. Apa boleh buat. Papa bawa laptop ke ofis. Laptop kakak pula, dia bawa ke Kuching. Netbook free ni bilalah mahu sampai. Hari ini kawan saya yang bernama Arif sangat menyakitkan hati. Entah kenapalah hari ini dia macam happy sangat-sangat. Then tidak pandai diam. Hahahaha. Saya memang suka tulis skema-skema. Bukannya mahu buat lawak tetapi saya mempunyai kawan yang ramai. Ada yang dari Sabah, ada miak Sarawak, ada juga orang Semenanjung . Jadi, kalau tulis skema-skema macam ini, semua orang boleh faham dan senang dibaca. :-)

Sunday 22 May 2011

Sambungan kawan.

Sunday 22 May 2011
Okay. Sambung cerita bertajuk kawan. Ada seorang hamba Allah ni. Setelah cintanya ditolak, akhirnya kawan sendiri dimakan. Memang sudah lumrah manusia lebih-lebih lagi wanita, kerana CINTA , PERSAHABATAN boleh dilupakan. Kes-kes seperti ini memang sudah common kan. So kita buat don't know sahaja . Diam seribu bahasa. Anda tidak sakit hati, saya pun sama. Yaa. Saya memang sangat suka memakai bahasa berkias. Maka jika sesiapa yang membaca blog ini yang tidak memahami apa yang cuba saya sampaikan, saya minta maaf banyak-banyak. :-)

Kawan

Yaaa . Memang kawan amat penting dan kita tidak boleh hidup tanpa insan yang bergelar , 'KAWAN' . Tapi apa sebenarnya maksud perkataan yang sangat mudah ini ? Dari sudut pandangan saya, kawan boleh didefinisikan sebagai seseorang yang sentiasa ada tidak kira waktu duka mahupun senang. Insan yang sering membantu dan memberi semangat kepada kita. Sentiasa mementingkan kebaikan kita walaupun mereka terpaksa berkasar dan membuat kita menangis. Namun jika kawan sendiri menghina kawan, adakah itu dikira 'KAWAN'? Terpulang kepada diri kita masing-masing untuk menilai. Bagi saya, itu masih dikira sebagai kawan kerana semua orang boleh berubah. Tapi jangan salah sangka ya. BOLEH berubah itu memang tidak mustahil tetapi MUSTAHIL untuk berubah bagi orang atau kawan yang memang TIDAK MAHU berubah. So what can we say? BYE BYE la jawabnya. Buat apa biarkan orang mengganggu hidup kita yang sepatutnya aman damai. kan kan kan?

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Nama: Cik Fafa
Status : Complicated


Prinsip Hidup Saya : Kalau tidak mahu masalah, jangan buat masalah. Kalau tidak mahu diperlakukan dengan kejam, jangan kejamkan diri. Kalau mahu dihormati, kita menghormati.